kisah manusia harian

cerita apa saja

Pages

Wednesday, September 29, 2010

Mencari uwang

Mule arr otak aku berpikir2 camner nak cari income ribu-raban setiap bulan?bkn nk jln senang tapi mesti ada usaha jugak...teringat kat FB post by Madah Hamdan "perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan......(^^,)" aku tak mau ditolak ditukul dipukul digesa dikerah dicubit baru nak gerak nak jalan nak buat...huhu>>ade bisnes tergendala wat masa nih.mesti buat mesti buat mesti buat!!!!

Tempahan Bermusim

Pagi tadi aku siapkn coklat steam kek..ermm yum yum.jilat jari kiri kanan tapi lepas siap yerkk.. kang tak pasal2 korg kate pengotor.heh heh~~dlm jam 12pm sebuah keluarga dtg ambil tempahan. Terima kasih kpd Pn.Zabidah kerana membuat tempahan yg banyak.Mereka dtg dr Melaka dan akan kembali ke Melaka semata2 mengambil tempahan. Ermm katanya saudara dr Singapura yg berkumpul di Melaka ingin membawa pulang kek tu...wahh ni satu permulaan niaga yg baek.moga2 boley berkembang maju....amin~~

Wednesday, September 22, 2010

lar..ade lg ker?

baru td aku try2 on blog nih..igtkn da maTi.aku just nk ziarah kubur je rupenye idup sbb sblm ni byk kali try sign in tp server asik kate aku silap password. pdhal td aku bukak,same jek...sakit ati la ngan blogspot nih..hampeh tol.alang2 kepalang aku smbg trusla. last update 2008 sk 2010. wakakka...x per ahh.layan...........zaaaaasssssssss

Tuesday, October 21, 2008

demam

assalamualaikum..entry kali nieyh biase je. teringat lak mase sekolah dulu blajar:-


ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...


1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua

3. Kaya sebelum miskin

4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati


mari adik2..kite nyanyi ikut rentak raihan. sambil goyang kepala ke kiri ke kanan..ape mengarut lak nieyh :) aper eyhh smbg td.humm..saya mendapat tonsil dlm mulut laaa. muler2 biase je at least ami kater uuuwaahhhhh "besaula along punyer bengkak". humm, lambatla gak g clinic lam 2 hari di operation by asst doctor tak tauliah...


pegi clinic gomen jerkk..mane tau leh saving ngah2 bulan camni mmg sengkek.

Sunday, October 12, 2008

update blog

salam ya readers...

lama saya tak update blog kesayangan. susah sangat ke ya allah... banyak lagi impian saya belum ditunaikan dalam blog ni. moga saya diberi kemudahan untuk memberi manfaat kepada pembaca.

hari raya ke-12:

saya,mak,abah,iwan pergi ke rumah terbuka di bandar sri ehsan..baru saya tahu rakan mak seorang pak imam di kawasan rumahnya.alhamdulillah...walau camanapun sempoi gak anak2 dyer layan kawan sepejabat lelaki.mungkin sudah biasa dalam keluarga mereka.saya kira parents sporting asalkan anak tahu jalan baik dan buruk.

tak lama di sana..kemudian kami ke dengkil.umah pak long jaafar.dorunk jemput sebelum bersiap ke umah kawan mak.hehehe...mcm2 saya plan ngan mak supaya pak long tak tahu yang saya sudah berhenti kerja. saya tak suka kehebohannya tu...mcm artis pulak. lama di sana..yalah siap menonton filem chermin.tonton ramai2 mmg seronok sambil bergelak ketawa...

tamat saja,kami minta kebenaran untuk pulang ke umah...kenyang sangat.syukur :) saya tak mau makan banyak skg nie.kih kih kih.....

Tuesday, October 7, 2008

raya 2008

hye reader..raya aku taun nie biase2 ajer. baju pown sepasang.aku baru benti keje seminggu posa taun nih.huhu~~buhsan ngah carik keje la ni sambil serve internet.arap2 aku dapat siapkan cepat surat permohonan, resume baru, surat terima kasih..hehehe siap standby lagik. doakan aku dapat keje cepat2 ek..aku da ader 2 insurans.so,bulan2 kene bayor gak tuh...ya allah murahkanlah rezki aku

Wednesday, January 30, 2008

Kisah Cinta Seorang Isteri

"Aliyah, abang minta izin untuk nikah
seorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di
dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk, mustahil
sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas panjang. Dia memandang
sekali imbas wajah Asraf Mukmin,
kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas
air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia
masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia
menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri
solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan
pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia
lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku
rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas
rasanya punggung
dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat
subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk
ke pejabat. Tidak seperti kelaziman,
dia akan bersarapan berjemaah bersama
isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan
permintaan abang. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan
tenang
sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu,
Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik
tetapi ahh hatinya kini sedang
mengilai wanita yang
jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan
isterinya. Hendak dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar
dia menganguk, tanda setuju. Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan
melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah sebuah
perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri abang," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang
minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan
dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. abang dah lama hidup
dengannya. abang faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga
peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia
diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya
benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya.
Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering
dilagukan. Seharian di Masjid Putra,
dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin
yang dulu. Asraf Mukmin anak
Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin
yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

bret bret... sms menjengah masuk ke
kantung inbox hensetnya. "Qis minta
maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk
abang jadikan isteri. Qis tidak
sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya untuk
bersama abang," Dibawah hensetnya, ada
sekeping sampul besar.

************ ********* *********

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu. Abang yang
dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana abang membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
ia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang.
Aliyah tak sanggup abang
diheret ke neraka kerana menanggung
dosa. Sedangkan
dosa abang sendiri pun, masih belum
termampu untuk dijawab di akhirat
sana, apatah lagi abang nak menggalas
dosa org lain. Aliyah sayangkan
abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
abang. Aliyah tahu selera abang hanya
pada lauk pauk kampung. Tapi tak
tahulah pula Aliyah kalau-kalau
selera abang sudah berubah. Tapi,
Aliyah masih
ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, abang muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah mereka.
kasihan nanti, tak makan lah pula
anak-anak kita. Aliyah sayangkan
abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,
nanti
dia akan menjadi ibu pada zuriat abang
yang lahir, jadinya Aliyah harapkan
dia mampu untuk mengajar anak-anak
abang nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan abang...

abang yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. abang lebih memahaminya.
Ini
penilaian selama 1 hari, abang mungkin
dapat membuat penilaian yang jauh
lebih baik memandangkan abang
mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.

abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika
munajat abang di Masjid Putra
mengiayakan tindakan abang ini,
ambillah borang ini, isi dan pergilah
kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak.

Menunggu abang...Aliyah sayangkan
abang...
Tetapi jika abang merasakan Qistina
masih belum cukup
hebat untuk dijadikan isteri abang,
pergilah cari wanita yang setanding
dengan Aliyah... Aliyah sayangkan
abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk
abang..tolonglah bukakan pintu bilik
ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran
abang, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan
pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !!

Jangan ada yang terasa hati...hanya utk mengilangkan
stress di tempat kerja.........
 
"Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman
nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak
huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...
 
kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!
 
kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...
 
kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang
harus menyayangi...
 
kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....
 
kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...
 
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....
 
kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...
 
kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????
 
kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..
 
kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring

Tuesday, January 29, 2008

Solat Di Akhir Waktu!!

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita ye....
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya.
Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita
padaNya.

Kisahnya?..

Setiap kita ada malaikat.
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan

Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan

Tetapi? penjaga langit pertama
Tidak hairan
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi

Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi


Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa

Ish?.

Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

Amin.

Sumber:Maklumat ini diterima melalui email.wallaua'lam..apepun mmg berdosa sekiranya tidak solat!!

I'm Alone

hahahhaha...aku sowang2 conquer admin.dorg sume pegi pelancaran buletin kat auditorium KPT. sakit pewut nih..crit birit pulak.ntah mamam ape.smlm mkl beriyani kt yasin :) tu kottt. aku windula kt ejoy.chewah..takleh sebut real name.pecah tembelang nnti.hahahhaha..mcmla ngko tu glamer sgt.

ermm,nak cite pasal smlm di jalan TAR.aku kuar awal jam 3.40ptg jemput mak aku di ERL Putrajaya.kami cari cd al-quran kat minerva ngan pustaka mukmin.rupenye xbyk choice.kasihan produk islam...but at least,ade jugak kan?so,after chossing grab pulak buku jawi.nak bg mak aku buat latihan jawi..aku amik cd tarannum.advance la sikit..belaja lagu2 al-quran pulak.

selesai pencarian,nak isi pewut.tu yang pegi cari nasi.after that,going back to home!!

who am i?

My photo
nilai, negeri sembilan, Malaysia
like to privacy,easy going,peramah,membebel,sengal~~